
KUCHING: Dua rakan karib maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Matang awal pagi semalam.
Mangsa dikenali Anitha Julia, 16, dari Batu 6 Jalan Matang dan rakannya dari Sabah Jessyln Joseph, 21 dipercayai lemas apabila kereta jenis Proton Saga Aeroback dinaiki mereka terbabas sebelum terpelanting ke dalam parit yang dipenuhi air. Jessyln dikatakan dalam lawatan ke bandar raya ini dan tinggal bersama kawan lelakinyaberhampiran Taman Kopodims.Dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke kompleks pangsapuri di Batu 6 Jalan Matang untuk memulangkan kereta milik bapa Anitha selepas singgah di rumah rakan Jessyln.Mereka dikatakan diekori abang kepada kawan Jessyln itu menggunakan kereta berasingan, yang sepatutnya mengambil gadis-gadis malang itu selepas mereka memulangkan kereta bapa Anitha.Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pemandu Aeroback itu difahamkan Jessyln, dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas sebelum terpelanting ke dalam parit di tepi jalan berkenaan. Beberapa penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan itu dan menyaksikan insiden tersebut terus memberi bantuan dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kereta yang hampir tenggelam sepenuhnya itu. Sejurus kemudian sebuah ambulans tiba dan kedua-dua mangsa dikejarkan ke HospitalUmum Sarawak (HUS), bagaimanapun mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HUS. Bedah siasat yang dilakukan lewat pagi semalam mengesahkan kedua-dua mangsa mati kerana lemas. Ahli keluarga Anitha turut hadir di HUS dan menuntut mayat remaja malang itu sejurusselesai bedah siasat.
Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu berlaku.
( rest and peace Jessyln...one of my collage mate die on Saturday, October 3rd, 2009 )